Wednesday, May 29, 2013

this struck me 2 comments


"... kalau mama mati ina doakan mama masuk syurga.."
 
terima kasih sayang!

Tuesday, March 26, 2013

work 17 comments

bismillah,
 
last friday, aku bagi surat letak jawatan kat boss yang budiman.
 
he's been getting on my nerve. dan aku dah tak mampu nak menanggung stress sebab dia. we had a discussion on thursday morning. and something he said insulted me to my very core. so muka aku ketat sepanjang hari. i have been with the company since 2002. and i felt that the way he s been treating me of late is seriously demeaning. aku menyampah. aku bosan. aku rasa terhina. aku penat.
 
so that thursday, after muka ketat sepanjang hari, lepas kerja tetaplah aku attend class kat uitm. balik balik rumah je.. aku terus panjat katil. and cried myself to sleep. my husband knows what's happening since i ve been texting him all day from office. he let me cry. the kids panicked. "kenapa ma.. kenapa ma". aku tipu cakap aku sakit kepala. and kept crying sampai takleh bukak mata. rasa lemah segalanya.
 
bangun at 3 or 4am.. aku solat. lepas solat nangis dan nangis lagi. mintak Allah kesiankan aku hambanya yang lemah dan banyak dosa ni. "ya allah.. ku serahkan seluruh kehidupanku kepadaMu. wahai Allah yang maha hidup dan maha mengatur dan mengurus makhluknya. kasihani aku. perbaiki urusan duniaku. jangan tinggalkan aku walaupun sekelip mata". itu yang aku ulang2 atas sejadah. sampai lah ke subuh.
 
lepas subuh aku baring lagi atas katil. try to get some sleep. kepala rasa kosong. mata bengkak. dan jawapan Allah datang bila laki aku datang bisik kat aku sebelum dia pergi kerja; "apa aje yang awak nak buat, saya sokong.." and i knew i had to write that letter.
 
so lepas hantar budak sekolah aku terus pi opis. dan tulis surat resign paling simple dalam dunia. hanya dua ayat untuk menyatakan hasrat aku. print dua kopi. satu to hr. satu to boss budiman.
 
dan beban besar jatuh dari bahu aku.
 
alhamdulillah ya Allah.
rezeki itu hak mutlakmu.

Monday, March 18, 2013

this is life 4 comments

bismillah.
 
hidup ni, kena hati hati kan? kadang2 bila kita rasa kita dah berada atas landasan yang betul, punya keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik, rezeki yang tak putus, so-called amalan baik yang berterusan.... tiba-tiba..
 
Allah 'tampar' kita dengan ujian yang menggoncang semua keyakinan. things that made us question our purpose and existence all over again. our faith and belief. when we thought that everything with us are really OK and we are just waiting to die and ready to go to heaven, Allah tests us in the most unbelievable way. ways that blown us apart sometimes.
 
jadi, hidup ini kena berhati-hati. nothing is perfect in this world. because nothing is permanent. keimanan itu tiada apa tanpa ujian. dan aku doa kita semua akan lulus ujian keimanan itu. afterall, our destiny is only Allah. Allah. and Allah. tak berbaloi untuk mengikut rasa hati untuk mengecapi sedikit dan sebentar keasyikan dunia yang begitu menggoda.
 
dunia ini hanya untuk akhirat. ya.. itu yang sebetulnya. ya Allah, please make us strong enough to face the world. perbaiki urusan dunia kami. janganlah Kau pesongkan hati hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk.
 
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)"
~al-Baqarah

Monday, February 25, 2013

im pursuing this 10 comments


aku sambung belajar sekarang.. baru lepas satu semester. civil engineering. water resouces.

tiga kelas seminggu. kelas malam 7-10pm. honestly... memang tunggang terbalik hidup aku. anak2 serah kat laki ngan mak ayah.

terima kasih kepada insan2 yang aku sayangi.. yang banyak berkorban untuk membolehkan aku belajar balik. honestly masa mula2 apply tu.. aku kecut perut gila. takut tak terbawak. tapi bila fikir fikir tentang masa depan, maka aku gagahi jugak. terima kasih kat anak2 yang tak banyak songeh. mummy loves u kids.

dan baru dapat result sem lepas. alhamdulillah. rasa berbaloi penat lelah muntah darah semua hihihih.
 
 
 

anak anak dah besar 0 comments



 


apa khabar semua? 8 comments


dengan nama Allah..
apa khabar korang semua? hahah! ada lagi ke 'korang' semua ni?

wahhh.. macam macam dah berlaku yaaa. korang semua apa khabar? hidup sihat? gembira? sejahtera? so-so? derita? sedih?

that's part of life i guess.

aku sini sihat. masih gagah menjalani saki baki hidup :P

anak2 dah besar-besar. akmal 12 aimie 10 aisyah 10 arina 8. alhamdulillah. bila nak tambah lagi? ada rezeki adaaaa. oh yaa.. suami masih satu.. :P

macam2 dah berlaku dalam hidup ni. antara nak terima atau tidak. goyah atau tegap. jatuh atau bangun.

yang penting. life goes on. satu hari kita akan bertemu Allah yang esa. makin lama makin hampir. aku takut. banyak sangat rasa dosa2 yang tak terhapus.

ya allah.. ampuni kami. jauhi kami dari api neraka dengan rahmatmu. segala kebaikan yang pernah kami lakukan, jadikan ianya penghalang kami dari api neraka.

akhir kata... salam sayang dari aku. untuk korang semua aku doakan yang baik2 sahaja.

peace  no war!! :P

Monday, July 30, 2012

Raising Fund for Rumah Amal Kasih Sayang (RAKS), Keningau Sabah 5 comments

Assalammualaikum dan salam sejahtera all my facebook friends.

Details about RAKS, please click here.


May Ramadhan finds you in the best of health and prosperity.

I’ve been contacted by Pn. Saadah of RAKS asking if we can help to raise fund for the 52 kids there in conjunction with the Eid Celebration.

Mereka mencari penaja2 yang sudi untuk menghulurkan bantuan untuk membeli kasut dan tudung baru untuk anak2 RAKS.

The breakdowns as given by Pn Saadah is as below:

Kasut:
48 orang kanak2 (umur 2 tahun ke atas) = RM30 x 48 = RM1440
4 orang bayi (2 tahun ke bawah) = RM20 x 4 = RM80

Songkok/tudung:
28 kanak2 lelaki = RM30 x 28 = RM840
18 kanak2 perempuan (7 tahun ke atas) = RM30 x 18 = RM540
7 kanak2 perempuan (7 tahun ke bawah) = RM15 x 7 = RM105

Approximate total to raise = RM3005

Sebarang sumbangan bolehlah dimasukkan ke dalam account seperti berikut:

MBB Rumah Amal Kasih Sayang 5100 954 17228 (Pn Saadah 0134028820)

atau

MBB 5624 7810 2601 (Ana 0132799488)

Resit akan dikeluarkan atas permintaan para dermawan sekalian.


 Again details tentang RAKS boleh didapati disini:

http://www.facebook.com/#!/rumah.amal.92

Semoga dengan setiap sumbangan kita ini, ada pahala2 yang dicatat of Allah swt. Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat serta pengampunan Allah dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Thanks friends, lets start beating those doors!!!

Syukran jazillan.



 

Casa Arina © 2009 ::Casa Arina:: | Designed by: Juazlan | Powered by: Blogger